"Disebalik awan yang tebal, Tuhan sembunyikan matahari dan siapa tahu, disebalik awan itulah, Tuhan hadiahkan pelangi"
Kita selalu merintih nasib apabila musibah datang tetapi kita lupa bahawa musibah itulah yang memberi kita kekuatan... Banyak perkara yang boleh di tukar dengan wang, tetapi ada satu perkara yang tidak pernah dinilai dengan wang, iaitu pengalaman...
Buat apa merintih jika tahu bahawa Allah SWT bersama-sama orang yang sabar? Iman membuktikan kekuatan takwa dan redha kita pada Allah SWT... Tiada esok untuk 'dirancang' dan tidak wujud istilah 'penyesalan' jika kita mengetahui tentang nasib kita di masa akan datang, maka jalan yang terbaik adalah tawakal padaNYA.
Jangan terlalu makan 'gula-gula' nanti dapat kencing manis... Dan sesekali sakit kepala penawarnya adalah 'panadol' yang amat pahit.. yang manis itu jangan terus ditelan kerana yang manis itu bukan semuanya baik... Kadang-kadang yang manis itulah racun dan yang pahit jangan terus dibuang... Kadang-kadang yang pahit itulah penawar.. Jika ingat tentang 'gula-gula' dan 'panadol' maka diri ini sedar bahawa inilah realiti kehidupan yang sementara.. Kita berpijak dibumi yang nyata, sakit memang menyeksakan.. Tetapi bukankah dari sakit itulah dapat menghapuskan 'dosa-dosa' kecil?... Dan sakit itu juga mengingatkan kita pada Allah SWT... Perkara yang manis itu sering membuat kita lalai, sehingga sanggup melupakan 'Tuhan' yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuaasa dengan setiap apa yang kita lakukan...
Pengajarannya disini, jadikanlah yang pahit itu sebagai kemanisan hidup kerana dari yang pahit itulah kita belajar erti 'hidup' dan menjadikan kita kuat, tabah dan biasa dan janganlah terlalu mengagungkan perbuatan manis kita kerana kemanisan itu sering diakhiri dengan kemudaratan.. Seperti keadaan kita menjual kuih di tengah panas, terlalu pahit menjual kerana pelbagai rintangan harus dilalui... Tetapi apa yang manisnya adalah apabila mendapat duit yang halal dan bersama dalam redha Allah SWT...
Pilihlah antara dua keadaan, 'PAHIT' dahulu tapi 'MANIS' dikemudian hari atau 'MANIS' dahulu tapi 'PAHIT' di kemudian hari? Jika kita takut dengan penyeksaan selepas mati maka kita akan memilih pahit dahulu.. Kerana setiap kesengsaraan itu sentiasa mendapat perlindungan daripada Allah SWT tetapi jika kita memilih 'MANIS' dahulu maknanya kita bersedia mengenal apa yang dipanggil "SEKSA KUBUR"...
0 comments:
Post a Comment